Saturday, January 3, 2009

Save Palestin

Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan terhadap serangan Rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967. Angka kematian terkini ialah seramai 428 orang, 2220 orang cedera dan sekurang-kurangnya 300 adalah dalam keadaan kritikal. Angka yang tidak kurang banyaknya selama 7 hari Israel menyerang Palestin.

Ulama terkenal Islam Sheikh Yousef al-Qadrawi telah menegaskan bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh. Umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara di Gaza.


Israel adalah musuh umat Islam yang nyata. Kejahatannya terhadap kaum muslim Palestin sudah jelas. Serangan terakhir ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah lebih buruk dari itu adalah penkhianatan para penguasa muslim seperti Hosni Mubarak dari Mesir dalam membantu dan mendukung sekatan Israel terhadap Gaza dan penduduk Palestin.

Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam daripada Rejim Zionis. Tanpa beliau Rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Mungkin Negara-negara Islam terutamanya Malaysia boleh menarik kesemua pelajar-pelajar meraka di al-Azhar sebagai tanda protes.

Ayuhlah kita sebagai angkatan seagama bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keamanan negera Palestin. Hanya ini yang mampu kita lakukan sebagai hamba yang lemah…daripada tak buat pape kan…Kasihanlah kepada mereka lebih-lebih lagi kanak-kanak yang jahil tentang perkara ini..

Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman

1 comment:

  1. salam..semoga allah swt dapat menyelamatkan keganasan rijem ganas tu..save palestin..

    ReplyDelete