Tuesday, February 24, 2009

Sabar jelah...

"..Jika doamu di makbulkan,
Tandanya Allah sayang padamu..
Jika doamu lambat dimakbulkan,
Tandanya Allah ingin mengujimu..
Jika doamu x dimakbulkan ,
Tandanya Allah rancang terbaik untukmu.."

Dalam jauh perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan...
terimalah dengan kekuatan ....kadang2 sakit yang mendatang,
kadang teman tak sehaluan, kadang kecemerlangan gagal dicapai..
namun itulah ujian...mencari iman yang teguh...
Semoga terus bersabar dalam perjuangan...
Kuatkan kakiku dijalanNya
Moga keredhaanNya sentiasa bersamaku...


Tuesday, February 17, 2009

Aku jek!!!

Aku adalah yang tergolong dalam wanita-wanita api....

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember).

  1. Dilahirkan sebagai pemimpin
  2. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  3. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, dan biasanya romantis dan tidak pemalu.
  4. Mempunyai personaliti yang suka mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  5. Suka berterus-terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mesra, sedih dan mudah terhiris.
  6. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untukmenjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  7. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
Saiz Mata Sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami...

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan untuk aku...

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri


kalau dahi pulak aku tak tau yg mne satu...so aku amik jek 2 yg lebih kurg same ngan dahi aku..

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kureng: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.


DAHI SEMPIT
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kureng: yang nie tak banyak kelemahan... .sukar mencari pasangan idup.

DARAH ' B'
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


Gerak Jari plak....

Memicit atau memegang hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan. Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain. Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati

Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya. Suka mendengar masalah teman2
Setia dlm persahabatan


Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda > adalah no.6

> Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja.
>
Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.
>
Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak.
>
Semua benda yang baik akan datang pada anda.
>
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
>
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Bukannya nak percaya sangat benda-benda ni pun...tapi apa yang tertulis ada gak betulnya...huhuhu..just nak have fun...so let's check it out korg pnye lak....(cari sendiri la..huhuhu)

Friday, February 13, 2009

Doa Seorang Kekasih



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku

Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala






Sunday, February 8, 2009

McD okh McD


Bile aku usha2 web isuhangat pagi tadi, aku adela terjumpa satu artikel yang aku nak share dgn korang....artikel ni adalah tentang tak lain dan tak bukan tentang isu boikot memboikot ni...berikut adalah artikel tersebut....

"Kat sini aku nak khabarkan bahawa tindakan boikot kita telah mula menampakkan kesannya pada restoren McD. Adik aku yang kerja kat situ telah mengesahkan yang jualan mereka merundum (walaupun masih boleh bertahan) sejak boikot ini dilancarkan. Walaupun aku mungkin berhadapan dengan masalah adik aku hilang pekerjaan jika McD gulung tikar, tapi aku janji kat diri aku sendiri aku akan tolong dia. Jadi teruskan tindakan boikot ini sebab saudara kita di PALESTIN lebih memerlukan pertolongan kita. INGAT!!!!!!!!!!!! KITA BOLEH MEMBANTU SAUDARA KITA DISANA DENGAN TIDAK PERLU MENGELUARKAN SESENPUN PADA SYARIKAT ZIONIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

"Lama juga untuk memikirkan cara-cara yang boleh kita ambil untuk membantu mengalahkan atau sekurangnya melemahkan Israel . Ada yang mencadangkan agar kita boikot barangan Amerika dan barangan Israel kesemuanya tetapi terbukti bahawa senarai barangan tersebut terlampau banyak! Akhirnya, masing-masing berasa susah nak boikot dan rancangan boikot akhirnya gagal dan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Selepas berfikir agak lama, satu kaedah yang menarik dalam melumpuhkan dan merugikan Israel . Mari kita lihat Formula ini dan amalkan bersama!

Kita tolak ke tepi dulu fahaman politik dalam isu ini. Mari kita semua bersama-sama sepakat dalam isu ini agar Israel terasa tempias dan kesannya. Boikot gagal kerana terlalu banyak barangan yang ingin di boikot SECARA SERENTAK.

Untuk mengatasi masalah ini, mari kita semua MEMBOIKOT SATU PRODUK dahulu iaitu McDonald. Kita semua maklum bahawa McDonald ialah syarikat Amerika yang dimiliki oleh tokoh-tokoh Yahudi.

Kesan dari tindakan ini ada 5:

1. McDonald akan mengalami kerugian besar kerana pelanggan - pelanggan Islam akan lari. Kekuatan dan kuasa pelanggan Islam akan terserlah apabila Mc Donald mencatatkan kerugian besar dari tindakan boikot yang dibuat oleh umat Islam.

2. Umat Islam tidak akan begitu tertekan kerana masih ada banyak pilihan lain . Justeru, formula ini tidak begitu membebankan..

3. Sampai ke satu tahap, McDonald terpaksa gulung tikar atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan untuk memulihkan imej. Mungkin McDonald terpaksa membuat sumbangan wang besar-besaran kepada keluarga mangsa-mangsa di Palestin.

4. Kesempatan ini boleh kita gunakan untuk diet. Makanan segera seperti di McDonald memang tak baik untuk kesihatan dan tidak seimbang..

5. Sekiranya dibuat secara terancang, satu demi satu syarikat Amerika dan Yahudi akan dikerjakan oleh umat Islam.

Justeru, saya lancarkan tahun 2009 sebagai tahun memboikot McDonald dan Yahudi...
Jangan di putuskan artikel/e-mail ini. War warkan kepada semua orang walau dengan apa cara sekalipun samada melalui email,blog,forum dan dari mulut ke mulut.

Sunday, February 1, 2009

Kesian Kat Die..

Kalau lelaki handsome pendiam,
Perempuan akan cakap..."wow, cool giler.."
Kalau lelaki tak handsome pendiam,
Perempuan akan cakap..."ekh perasan bagus jek mamat ni..."

Kalau lelaki handsome wat jahat,
Perempuan akan cakap..."nobody's perfect..."
Kalau lelaki tak handsome wat jahat,
Perempuan cakap.."memang, muke pun macam pecah rmh!"
(tp ak x prnh ckp cm2)

Kalau lelaki handsome tolong perempuan yg diganggu,
Perempuan cakap..."wah mcm hero filem hidustan..."
Kalau lelaki tak handsome tolong perempuan tu,
Perempuan akan cakap.."entah2 kawan die kot.."

Kalau lelaki handsome dpt awek cun,
Perempuan akan cakap.."erm, memang sepadan la"
Kalau lelaki tak handsome dpt awek cun,
Perempuan akan kata.."mesti kene bomoh pompuan tu!"
(ish pe ni x baik tau)

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih,
Perempuan akan cakap, "la...jgnla sedih, saya kan ade"
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih,
Perempuan akan kata..(terdiam, tp telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok jek orgnye...) hampeh betol..

Kalau lelaki handsome bersedih hati,
Perempuan akan cakap.."let me be your shoulder to cry on" ceh!!
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati,
Perempuan akan kata.."menjeng! nangis..lelaki ke pompuan ni?"

Banyak la lg kalau2 yg malas dah aku nak tulis..nak2 lg kalau lelaki tu memang kte admire giler kat die kan...lelaki lain sume tak pandang...die jek yg betol..org lain dah tak betol dah...gmbr kat atas tu sje jek..konon2 mcm mamat macho la..(macho ke? herm)..bende ni sume memg lumrah hidup...kte mmg tak boleh menidakkan bende ni...kalo bkn kite msti de org lain yg buat...tp sbnrnye kita jgnlah memandang seseorg tu secara luarannye jek..bak kte org don't judge a book by it's cover....mne tau org yg muke mcm pecah rmh tu lah yg dok hr2 pergi masjid...siap jd imam solat lg kan..mne kte tau...so renung2 kanlah...dan selamat beramal...