Friday, March 27, 2009

Jom Selamatkan Bumi!!!!


Jom ramai-ramai kita menyokong Earth Hour untuk selamatkan bumi kita yang tercinta ni!!! Esok kita disarankan hanya menutup lampu selama sejam bermula 8.30pm hingga 9.30pm untuk vote dalam kempen ni...
Kempen yang dijalankan oleh WWF Australia bakal mendapat perhatian seluruh dunia yang dianggarkan sebanyak 75 negara yang terlibat. Kempen ni memberi kesedaran kepada kita bahawa bumi sudah semakin tua dan perlu kepada pemuliharaan. Dengan menyokong kempen ni at least kita ada menyumbang sedikit dalam usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim di peringkat global.
Pihak Universiti aku gak UUM pun menggesa warga-warganya untuk vote dalam kempen ni dengan menutup semua lampu dan perkakas elektrik yang tidak digunakan pada malam esok tanpa mengira agama dan warna kulit (maklum student uum ramai international) sebagai tanda sokongan dan keperihatinan UUM bagi mengurangkan Global Warming.
Kita juga sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sama-sama tinggal di Bumi ni, Jom kita ramai-ramai memadamkan lampu pada malam sabtu ni sebagai tanda kita juga ingin menyelamatkan Bumi kita daripada segala anasir jahat yang boleh mencemar bumi dan sekaligus turut memberi effect kepada diri kita jugak. Tunjukkanlah tanda penghargaan dan sayang kepada Bumi yang kita pijak sekarang ni. Jom kita mulakan langkah pertama kita selamatkan Bumi kita dengan Vote Earth Hour hanya dengan sejam jek..Jomla!! Bila lagi kita nak bagi sumbangan yang tak seberapa ni kat Bumi..Ye tak kan?

Monday, March 16, 2009

Busy! Busy! Busy!

Mmg lama gak x update blog ni...biasa la life as student ni kan...mmg busy sentiasa...lagi2 dah nak dekat hbs sem... dgn mid sem yg bru hbs...pastu assignment yang tertunggak...projek yang tak siap lagi...aish!! pening aden dibuatnye... mne satu nak buat pon x tau....bnyk sngt ni...time2 bnyk keje pon sempat gak update blog ni... x leh bla...

Aku nak lepaskan geram ni...time2 bnyk keje ni...enset aku leh plak wat hal...hari tu dah betulkan perangai lama die dtg lg... geram sungguh aku... nasib baik ak ketuk2 die dah baik balik...nanti mesti rosak lagi tu...sabar jelah...

Minggu ni bnyk keje nak kene settlekan...ada assignment nak submit hari rabu, pastu family day hari jumaat, sabtu lak de jamuan dan aktiviti ko-k aku...mcm2 la dieorg nak wat... aku pon sengaja jek nak join... nak suka suki sebelum final exam..yeah!!!! pasni dah tak boleh lagi dah.. concentrate on final exam plak.... mesti!

Tak sabar pulak nak balik ke kampung halaman ku di Tongkang Pecah Batu Pahat... Hari tu cuti yg tak berapa nak panjang tu tak nak balik...ni dah nak exam sibuk nak balik...(mengade ek?). Tapi takpe lepas exam (30 April) ko leh enjoy sepuas-puasnya dirumah...cuti selama 2 bln... boleh habiskan amik lesen aku yang tertunggak tu... adik aku pon dak nak pekse JPJ khamis ni... balik ni leh soh dia bawak aku round2 BP...Tu pon kalau lulus la...huhuhuhu...

Berita gembira yang terjadi semalam.. berita yang memang aku nanti2 kan..adalah LIVERPOOL DAH KALAHKAN MU (huhuhu padan muke) 4-1 semlm...gembiranya rasa hati..pemain kegemaran aku FERNANDO TOREZ seperti biasa telah menjaringkan satu gol...Yeah!!! pastu lagi satu pasal AF... jugak pelajar kesukaan aku iaitu ARIL wat performance yang bertenaga sekali pada malam konsert pertama AF dan mendapat kritikan yang positif daripada pengkritik...dan tok sesape yang minat gak kat mamat ni jgn lupe AFUNDI ARIL.. aku tak afundi pon...ye ye ar jek... kalau undi pon tunggu konsert last la nnti...tu pon kalau die smpi final la..dan kalau undi pon..paling bnyk dua jek la...lalalalala...

Last but not least...sedikit kata-kata hikmah yang aku petik tah dari pokok mane aku tak ingat...sekadar renungan bersama....

Serahkan hatimu hanya pada Allah,
pasti Allah temukan dengan pemilik terbaik...
Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,
pasti Allah satukan seluruh kehidupanmu sebaiknya.



Renung-renungkan dan selamat beramal...Peace!!!

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di dunia. Rata-rata umat Islam diseluruh dunia mengingati tarikh yang begitu mulia ini iaitu kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW nabi akhirul zaman. Begitu besar perjuangan Baginda SAW dalam mempertahankan maruah agama Islam.

Kita sebagai pengikutnya patut menghargai perjuangan Baginda dengan mengingat kembali perit payah perjuangan baginda agar kita tidak terpesong dari kebanaran. Marilah kita menyambut Maulidur Rasul dengan pengisian yang amat bermakna sekali dengan mengimbas kembali dan mendalami sirah-sirah Baginda dan mengambil pengajaran daripadanya. Bukan hanya pada hari ini tetapi untuk selamanya selagi kita bernafas di dunia fana ini.

Ingatilah dan Sayangilah Baginda dengan cara berselawat kepadanya dengan menjadikan Baginda sebagai role model dan tauladan kepada diri kita. Hanya Baginda lah yang dapat membantu kita di akhirat kelak selain daripada amalan kita yang tak seberapa ni..Banyakkan Selawat kepada Baginda sebagai tanda cinta kita kepadanya. Semoga kita mendapat syafaat darinya diakhirat sana.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~

Sunday, March 8, 2009

Ku lihat Layu dalam Melayu

Aku sangat tertarik dengan lagu yang dinyanyikan oleh Malique...dia tak nyanyi sebnrnye...cme berpuisi dengan nada tersendiri...kot...Malique telah berkolobirasi bersama Tun Dr Mahathir... cubala korang hayati lirik ni...mmg ada betulnya kan...

Tun Dr.M:
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat, dari melihat bangsaku dijajah,tidak ada yang lebih menyedih, dari membiarkan bangsaku dipijak...

Malique:
Aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
jadi aku menyendiri, memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu ke kanan
dan dibiarkan bunga tak cantik mekar dikiri

Aku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja
tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa nenek moyang kaya raya
jangan sekali-kali digadai harta bendanya
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu

takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia
kalau kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa kudrat tak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu laru bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum menyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata takda otak
cuma tak berfikir di luar kotak
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu

aku jadi sayu
bunga menangis dia mendayu
mahu jadi cantik tapi ragu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai

Dr.M:
Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah saja dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Touching kan lirik ni...kalau sesape tak terasa mmg tak de semangat patriotik la korang ni... mcm-mcm skrg yg telah berlaku kat malaysia ni kan??? Kalau dok pikir2 boleh pening dibuatnya.. mne dgn politiknye, kes bulinya, kes itu, kes ini....tah lah...mmg bnyklah...Tapi walau apepun yg terjadi..Yes!! Perjuangan mesti diteruskan!!!!!

Friday, March 6, 2009

Apa Erti KAWAN?????

Kata mama,
KAWAN itu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang..

Kata ayah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipanding cantik, dipegang sakit..

Kata atuk,
KAWAN itu seperti air,
terus mengalir...

Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan,
dipuja dan disanjung tapi jauh disana..

Kata kakak,
KAWAN tu macam makanan,
kawan makan kawan..

Kata abang,
KAWAN tu tak ubah seperti lembu,
mengikut apa yang disuruh..

Kata adik,
KAWAN tu macam biskut,
sekejap ada sekejap tak de..

Kata saya,
KAWAN tu tak kisahlah macam mana,
walaupun dia....

"ibarat lebah, umpama ros, seperti air, bak bulan, tak ubah seperti lembu, macam biskut.....
Dia tetap KAWAN...

Tau tak sebab apa??????
Sekali saya sudah berkawan dengan dia. Dia tetap kawan saya buat selama-lamanya,,,,

THANKS FOR BEING MY FRIEND
LOVE YOU ALL!!!!



Thursday, March 5, 2009

Can you read This???

Can U read this? fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid, too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe tuo fo 100 anc. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it. If you can read this, your brain is 50% faster..

Sunday, March 1, 2009

Jalinan Kasih & Ikatan Budi

27 ngan 28hb feb group ko-k aku yang telah diketuai oleh lecturer kiteorg iaitu En Rosley telah wat KLK (kegiatan luar kelas) kat Kg Nelayan, Tanjung Dawai, Bedong Kedah...Aktiviti ni di namakan Jalinan Kasih & Ikatan Budi... kteorg telah dibahagikan antara tiga ke empat orang dengan sebuah keluarga angkat... banyak aktiviti yang kteorg dah jalankan start dari kteorg smpi ke kg tu dlm kira-kira kol 10.30 pg...smpi jek trus wat majlis perasmian dan pembahagian keluarga angkat... aku, nina dan lyn telah dibahagikan dengan keluarga angkat yang sama....

Lps dah bagi2 tu, aktiviti pertama yang melibatkan biro aku iaitu LDk1 dah dijlnkan pd petang tu kat dewan sek keb Tanjung Dawai...LDK ni melibatkan bdk2 tahun6 yg nak amik upsr thn ni.. aktiviti ni dinamakan ice breaking,,seronok tgk bdk2 ni...menyanyi la, joget2 la...sporting gila...lagi2 dgn akak2 dan abang2 yg sporting2 ni....ptgnye lak de sukan dan rekreasi...sebnrnye sukan2 ni tok bdk2 jek...tp kteorg yg lebih2...huhuhu..biasalah tu kan...mlmnye lak kteorg de muhasabah diri jugak utk bdk2 ptg td (upsr) Sedih smpi nangis2 dieorg kene dimuhasabahkan... de gak fasi2 yg turut serta menangis...ishishishish..sedihnye....

Esknye lak, pg2 kol 7.30 kteorg kne berkmpl kat surau, aktiviti pg tu gotong royong...tp sblm tu kteorg wat aerobik dlu, perjlanan aktiviti aerobik x begitu lancar kerana ade hal2 yg x dpt dielakkan....siannye...tp x pe...asal boleh jek..kteorg wat gak tp wat poco2 ngan senaman ringkas jek..pas2 kteorg gi gotong royong... group ak gotong royong wat logo kat pintu masuk kg tu...siap wat logo uum lg...agak lama la nak wat...dah siap kteorg trus gi Pantai Merdeka...best naik bot...tp kejap jek...bru nak cecahkan kaki kat pantai dah kne balik semula... Ptgnye plak kteorg gi melawat tmpt melelong ikan yang baru trn dr laut...banyak ikan segar2...mesti best kalau masak...yummy sedap...

Sblm balik ke uum, majlis penutup telah diadakan....ada la beberapa vip yg dtg...dah hbs majlis penutup tu sesi meleleh pun start....akibat kesedihan berpisah dengan family angkat, ramai yang telah menjatuhkan airmata lebih2 lg mak2 dan adik2 angkat kteorg....sedihla tu nak berpisah ngan kiteorg....bertolak balik ke uum lebih kurg kol 6.30ptg... kepenatan sumer dalam bas...adela sorg dj haram yg menghiburkan koteorg dlm kepenatan....lame2 kteorg sume lena kat dlm bus...smpi ke kolej lbh kurg dlm kol 10.00 mlm....

Ldk 1 dan sukaneka

malam muhasabah diri...


kenangan bersama bdk2 klk group D