Friday, January 2, 2009

Ingatlah ALLAH sentiasa bersama kita


Apabila semuanya tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat...
ingatlah kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihani

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa pun yang mengambil kisah,
ingatlah pada Dia Yang Tidak Pernah Melukakan Hatimu...Dia Yang Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu..
jangan berputus asa kerana Dia Melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya, sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi..
carilah kekuatan itu dari Dia yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan beban, semuanya goyah...
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradah-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu....
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu...
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar..

Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan...
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri...
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Ingatlah, walaupun kita keseorangan di bumi yang nyata ini, hakikatnya kita sentiasa bersama denganNya yang Maha Esa.. mohonlah segala pengharapan kepadaNa...InsyaAllah dengan izinnya kita memperoleh segala yang kita inginkan...

No comments:

Post a Comment