Monday, January 19, 2009

Long Live Indie!!!


Anugerah Juara Lagu 23 telah pun melabuhkan tirainya mlm tadi…Meet Uncle Hussain dengan lagunya “Lagu Untukmu” telah muncul juara pada tahun ni…keputusan yg tidak dijangka oleh ramai pihak..tapi aku memang menjangkakan band ni akan menang..kalau tak juara lagu pun kategori pop rock pun ok la kan…Ramai yg menyangkakan Faizal Tahir akan dapat gelaran Juara Lagu yg ke23 tu..tp dah nasib tak menyebelahi die…huhuhu..Yeah..Hidup Indie..

Mereka telah menyambung tradisi kumpulan Estranged pada tahun lps di mana band indie pertama yang merangkul gelaran Juara Lagu menerusi lagu “Itu Kamu”…Lagu Lagu Untukmu memang mempunyai potensi tinggi untuk menang berdasarkan kpd lirik ngan susunan muzik dia..(ye ye jek aku). Performance dieorg pun memang gempak gila la…Teruja gile aku tgk.. siap wat mimik muke lg..kelakar tu mmg r..tp kreatif what? cayalah bro!!

Memang tidak disangkal lg Lagu Untukmu yang telah digubah oleh group dieorg sndiri iaitu Taja, Tass dan Lan mempunyai kehebatan dan kekuatannya yang tersendiri. Vokal yg dilontarkan oleh vokalis kump dieorg, Lan, memang cukup mantap dan bertenaga.. Selain bawak balik trofi juara lagu dieorg gak membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 campur ngan juara kategori pop rock dgn wang tunai RM12,000 berserta trofi..wah mkn besar la pasni dieorg…



Antara artis-artis lain yang turut menang ialah kategori balada “Sampai Syurga – Faizal Tahir”, kategori etnik kreatif “Persoalan Cinta – Farawahida”, persembahan terbaik “Sampai Syurga – Faizal Tahir” dan vokol terbaik “ Faizal Tahir”…ni lagi sorg artis yang menang besar malam tadi, Faizal Tahir yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 32,000…

Aku harap band2 indie terus melebarkan tapaknya seperti kumpulan Meet Uncle Hussain ni… Juara Lagu yang ke 24 nnti adala band-band indie yang masuk dan seterusnya melakar sejarah sepertimana yang telah dilakar oleh kumpulan Meet Uncle Hussain dan Estranged…Last skali aku nak menyeru rakyat Malaysia supaya “Support Our Local Act”..

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu Lyrics

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

No comments:

Post a Comment