Tuesday, June 30, 2009

Jom Balik U!!!

Sekarang orang tengah sibuk pasal virus influenza A. Mulanya aku amik tak kisah jek pasal penyakit ni sebab die tak berapa nak ramai la orang yang menghidap penyakit tu. Pastu dah semakin lama semakin ramai orang yang dapat sakit ni dan boleh menyebabkan kematian dan penyakit ni biasanya berjangkit dari luar Negara (di import), so aku mesti la lebih meng”aware”kan diri tentang penyakit ni. Kerana sebab yang paling utama adalah aku kene balik ‘u’ Jumaat (3/7/09) ni, berapa ramai international student kat UUM kan? (ramai tau) So kene la hati-hati sikit.

Sebenarnya aku pun dah 3 hari kene selseme dan sakit tekak. Sekarang pulak batuk-batuk. Takut gak kene virus tu kan. Rasanye tak kot. Sebab macam dah nak baik jek..

Sedikit maklumat tentang penyakit ni. Sebenarnya virus influenza ade tiga jenis iaitu A, B dan C dan yang paling bahaya ialah influenza A (aish takut si0t). Dia bahaya sebab boleh berjangkit dengan haiwan dan manusia (tapi dah ade ke haiwan yang kene jangkitan ni ek? Tak tau lak). Virus ni jugak boleh menjalani perubahan genetik dan menghasilkan virus baru yang lebih bahaya lagi.

Cara die merebak?

Virus ni tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bersin, bercakap, dan batuk dan lain-lain yang berkaitan (lu pikir la sendiri). Dan seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan.

Symptoms2 terkene Influenza?

Influenza A dengan demam selsema tak sama tau. Walaupun kedua-duanya mempunyai symptoms yang sama tetapi influenza ni lebih menyebabkan gejala yang lebih teruk dan boleh mengancam nyawa. Biasanya suhu bagi orang yang kene influenza ni lebih tinggi dari demam, melebihi 380C (tinggi tu) dan mengalami batuk yang teruk tidak berkahak pada peringkat awal, kerap bersin, dan kita tidakkan ade selsema ataupun selseme yang ringan-ringan jek. Selain tu kita juga akan terasa sakit kepala, sakit tekak dan sakit otot.

Untuk mengelakkan virus ni korang pandai-pandai la jaga diri sendiri. Pakai penutup mulut dan hidung, basuh tangan sebelum makan dan macam-macam la lagi. Pandai-pandai la jaga diri masing-masing.

Tuesday, June 16, 2009

HoLidaY tHis YeAr!

Disebabkan kesibukan dan kemalasan aku untuk menupdate blog, so benda alah yang dah seminggu berlalu ni baru aku nak publish kan. Sempena cuti sekolah,(7hb June) kiteorg de wat family day dekat Pulau Tioman. Actually aku dah 3 kali pegi pulau tu…First ngan family, de family gak. Second ngan bebdk sekolah, mse tu form5 de lawatan ke percutian aku pun tak berapa nak pasti, tuk ajk asrama…(huhuhu jgn x tau dulu aku jadi ketua dorm dengan nama pngilan mami dorm..geli plak aku dgr bile dah besar ni)

Kiteorg bercuti selama 3hari 2malam…family tue untuk staf-staf mama ngan ade skit family member ayah ngan saudara kteorg…secara kesuluruhannya ade la dalam 10 buah kete…best jalan ramai2 ni…macam konvoi…Gerak dari rumah dalam pukul 7pg…kteorg kumpul kat Ayer Hitam…dah sampai sumer pastu kteorg gerak ramai2 ke jeti Mersing…kapal janji nak datang pukul11 tapi pukul 12pm baru kapal datang dan kteorg pun naik la….dalam kapal tu lebih kurang dalam 2 jam baru sampai kat Pulau Tioman…mmg jauh. Sesape yang tak tahan memang boleh mabuk…kalau tak nak mabuk membuta jek la…macam yang aku buat…

Dah sampai pulau, kteorg dapat bilik pastu ptgnye mndi kat pantai…pantai bnyk batu…x syok la mandi…salah pilih port… Hari ke-2 kiteorg sumer jalan2 mengelilingi pulau naik boat. Kiteorg pergi Taman Laut.. Kat situ mmg bnyk ikan..airnya pun jernih..nampak ikan dari jeti…kiteorg dah siap sedia dah dengan roti nak bagi ikan makan…suke tgk ikan berebut-rebut roti… macam2 jenis ikan ade… pastu kiteorg mandi kat pantai situ…best sikit dari kat tmpt kteorg dok… dah sewa google ngan life jacket oren tu, so bolehla tengok ikan dengan jarak dekat… seronok kteorg wat water confident mcm kem kat sekolah dulu2 tu…

Pastu, kteorg dibawa kat tengah2 laut untuk wat scuba…tapi aku tak pandai swimming… so aku tak berani la terjun…memang dalam wooo!! Cume ayah ngan wan jek yang terjun…yang lain tu adela beberape jek yang berani… pastu dah naik sumer baru kteorg gerak balik…Balik siap2 pastu kteorg lunch…lunch hari ni tak berapa cukup…sebab dieorg dah siap2 kautkan sumernye…tak leh nak melantak lebih…jadi kteorg gunakan bekalan yang ade untuk melantak lagi…kiteorg makan Maggie cup….Yummy sedap!! Kalau dah kenyang ape lagi membuta la dalam bilik….

Petang tu kteorg pegi air terjun kat belakang tempat kiteorg menginap… tak jauh pun..adela dalam 10minit perjalanan…best mandi kat situ…airnye sejuk dan bersih…rase tak nak naik kalau dah berendam tu… siap ade ketam lagi tau… Pastu dalam kol6 kiteorg gerak balik…siap2 tuk pegi dinner…dinner tu kteorg kne makan skit jek tuk save perut…sebab malam tu kiteorg ade dua kali dinner…satu yg mmg dah resort tu sediakan…lagi 1 disebabkan mmg tak lengkap kalau tak de bbq kan kalau pegi kat tmpt laut …kteorg dari smlm lg dah tempah tuk wat bbq malam ni kat kedai…x pela bayar lebih pun..janji best..dalam pukul9 kteorg gerak ke tmpt bbq…sambil berbbq kteorg berkaraoke sekali…ade beberapa lagu aku nyanyi..tapi x nyanyi full la…selit2 org nyanyi jek…sebab aku sedar diri…suara aku bukan sedap pun…

Esok hari ke-3, rasa sayu menyelubungi diri (peh wat ayat sedih lak) sebab dah kene balik rumah…pagi2 lagi dah kene kemas barang…pastu breakfast…dah siap, shoping skit2…beli buah tangan tuk member2… pastu tunggu kapal kat jeti…lama gile tunggu… sabar jelah…tapi takpe…janji boleh naik bot sampai Mersing dan boleh sampai rumah…sampai jeti mersing dalam pukul 2 lebih…lunch kat situ dan pastu kteorg pegi kilang keropok dan ikan kering…masing-masing beli untuk dibawa pulang kerumah (ayat skema macam wat esei bahasa Melayu). Sampai rumah dalam pukul 6 lebih..Penat mmg penat.. Tapi hidup mesti diteruskan…Wah!! Terlebih sudah!! Basuh baju! Basuh Baju! Baju bertimbun tu!!


tempat kiteorg menginap dikelilingi dengan ikan yang comel-comel

Keindahan pantai....Panas Wo!!!

Sunset...cun!!!


air yang dah surut...masa aku mandi tak de pun batu ni?
p/s : gambar ni (tapi tak semua la) aku curi kat komputer kak siti...huhu...kteorg malas nak bawak kamera/handset time mandi...menyusahkan jek...thanks kak siti!!




Wednesday, June 3, 2009

result oh result

Hari ni aku dapat result final exam lepas.... tak sangka cepat plak uum ni kuarkan result.. selalunya dua tiga minggu nak naik sem baru die kuarkan... ramai gak yang tak tau result kuar hari ni...aku dah tengah malam baru dapat tau...nasib baik kakma bg tau...kalau tak tah bile la aku boleh dapat information tu...
Result aku boleh la...pointer aku jatuh...tapi tak la teruk mana...pointer kesuluruhan still same cam sem lepas...tapi berita gembiranya aku takde yang kene repair...huhuhu!!!! tapi still tak puas hati sebab pointer keseluruhan tidak mencapai target aku...peh!! kene struggle lagi sem depan...lagi 3 sem...ape pun terjadi perjuangan mesti diteruskan...YEAH!!!
Sem depan ade paper 1ribu...so boleh la score kot...InsyaAllah..Allah takkan mengabaikan segala usaha yang dah kite buat...selagi usaha itu ada...kejayaan pasti mengiringi kita...