Sunday, April 26, 2009

kereta idamanku

Tengah kebosanan asyik study jek...aku try usya2 web yang best...pastu aku dapatlah satu ni...my future car...huhuhu....smart giler kete ni...tnggu jelah aku bawak keliling kampung nanti...wahahahahaha.....



...k sambung study...3 paper to go...chaiyok2....pastu leh enjoy kat kg...paper MA x bleh bla...ramai2 pakat nak repeat sem depan...huhu...

Monday, April 20, 2009

Final Exam!!!!! grrrrrr

jadual final exam aku!! 3 paper deret tu...

Saat yang mendebarkan muncul lagi di dalam hidup aku...wuaaaaa!!!!! final exam dah on the way...1 paper dah lepas, ekonomi gunaan...mmg macam taik soalan die...tp aku dah usaha sedaya yang mampu.. 5 papers to go... lps ni paper 'feveret' aku iaitu business law...lagi tension nak menghafal ni... x pe lps hbs exam boleh terus balik ke kg halaman yg telah lama tak ku jenguk...rindu siot...x tau r sem ni boleh score ke tak...harap2 boleh la kan nak back up paper2 sem lepas yang agak teruk...huhuhu...carry mark tuk semua paper yang aku amik ade yang ok ade yang ko....biasa la tu...ape yang penting final...k!!! fighting for it!!!

slip pekse yg kene bawak sekali time pekse...

Good Luck
to all my frenz..

semoga berjaya di dalam peperiksaan
berusahalah selagi mana ada
bertawakallah untuk hasil yang sempurna

chaiyok!! chaiyok!!


Friday, April 10, 2009

Kabinet Baru 2009

PM Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan senarai kabinet baru pada 9 April di pejabatnya di Putrajaya dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan daripada kabinet yang lepas.

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)


Senarai Menteri yang telah digugurkan....

Saturday, April 4, 2009

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Seperti yang sudah diketahui ramai, mulai semalam iaitu 3 April 2009, Dato' Seri Najib Tun Razak telah ditabalkan menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menyambung legasi kepimpinan bapanya Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-2.

Beliau membawa setinggi gunung harapan rakyat yang mahukan kemajuan dan kemakmuran di Malaysia yang sekarang ni kita lihat semakin tak menentu dan dengan sistem politik yang sudah berubah. Dengan iltizam yang dipegang olehnya untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia, aku harap, harapan setiap rakyat Malaysia tidak akan diabaikan.

Beliau memulakan lembaran baru sebagai PM dengan membebaskan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta mengkaji semula akta kontroversi itu. Antara langkah lain yang ingin diambil adalah seperti:

* menarik balik larangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan
* meneruskan agenda besar membasmi kemiskinan
* meluaskan akses pendidikan berkualiti untuk semua
* kemudahan selesa bagi pendidik dan perwira
* memperkasakan ekonomi
* rapatkan hubungan rakyat dan kerajaan
* bangunkan potensi golongan muda generasi pewaris dan saf pemimpin masa depan
* mengajak rakyat laksanakan transformasi besar dengan slogan 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Sejarahwan tersohor negara telah melahirkan pandangannya sendiri terhadap Najib. Antaranya ialah:

"Najib bukan seorang individu yang berfikiran statik, sebaliknya beliau mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi berlainan sekali gus menjadikannya orang paling layak menerajui kepimpinan negara.

"Secara teori, Najib boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi berbeza. Beliau juga merupakan seorang intelektual dan pemimpin yang berpengalaman luas, selain boleh membawa perubahan pada negara. Tetapi dalam perjuangan untuk menuju ke arah itu, banyak cabaran yang perlu dihadapinya."


Rujukan: Kosmo Online

Dengan pengalaman selama 33 ahun didalam bidang politik, diharap PM yang baru ini dapat memberikan sinar baru kepada semua rakyat Malaysia agar mereka memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam membangunkan dan menjaga kebajikan rakyat.