Monday, January 19, 2009

Long Live Indie!!!


Anugerah Juara Lagu 23 telah pun melabuhkan tirainya mlm tadi…Meet Uncle Hussain dengan lagunya “Lagu Untukmu” telah muncul juara pada tahun ni…keputusan yg tidak dijangka oleh ramai pihak..tapi aku memang menjangkakan band ni akan menang..kalau tak juara lagu pun kategori pop rock pun ok la kan…Ramai yg menyangkakan Faizal Tahir akan dapat gelaran Juara Lagu yg ke23 tu..tp dah nasib tak menyebelahi die…huhuhu..Yeah..Hidup Indie..

Mereka telah menyambung tradisi kumpulan Estranged pada tahun lps di mana band indie pertama yang merangkul gelaran Juara Lagu menerusi lagu “Itu Kamu”…Lagu Lagu Untukmu memang mempunyai potensi tinggi untuk menang berdasarkan kpd lirik ngan susunan muzik dia..(ye ye jek aku). Performance dieorg pun memang gempak gila la…Teruja gile aku tgk.. siap wat mimik muke lg..kelakar tu mmg r..tp kreatif what? cayalah bro!!

Memang tidak disangkal lg Lagu Untukmu yang telah digubah oleh group dieorg sndiri iaitu Taja, Tass dan Lan mempunyai kehebatan dan kekuatannya yang tersendiri. Vokal yg dilontarkan oleh vokalis kump dieorg, Lan, memang cukup mantap dan bertenaga.. Selain bawak balik trofi juara lagu dieorg gak membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 campur ngan juara kategori pop rock dgn wang tunai RM12,000 berserta trofi..wah mkn besar la pasni dieorg…



Antara artis-artis lain yang turut menang ialah kategori balada “Sampai Syurga – Faizal Tahir”, kategori etnik kreatif “Persoalan Cinta – Farawahida”, persembahan terbaik “Sampai Syurga – Faizal Tahir” dan vokol terbaik “ Faizal Tahir”…ni lagi sorg artis yang menang besar malam tadi, Faizal Tahir yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 32,000…

Aku harap band2 indie terus melebarkan tapaknya seperti kumpulan Meet Uncle Hussain ni… Juara Lagu yang ke 24 nnti adala band-band indie yang masuk dan seterusnya melakar sejarah sepertimana yang telah dilakar oleh kumpulan Meet Uncle Hussain dan Estranged…Last skali aku nak menyeru rakyat Malaysia supaya “Support Our Local Act”..

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu Lyrics

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Sunday, January 18, 2009

Jom Boikot!!

Seiring dengan peredaran masa...seiring jugalah Israel menambahkan kekuatan mereka dan mengganas melancarkan serangan terhadap Palestin. Penambahan mangsa yang terbunuh sedah mencecah 1000 orang dan beratus-ratus lagi yang cedera...sedih mengenang pendertaan mereka, kita sebagai insan biasa tidak akan membiarkan terrorist itu terus meneruskan serangan mereka tanpa penghujungnya..

Yang mampu kita buat untuk mereka adalah Solat Hajat, berdoa dan memboikot barangan mereka. Untuk menunjukkan sokongan padu yang kuat terhadap Palestin, kite telah disarankan untuk memboikot barang2 yang datangnya dari Israel atau Yahudi dan sekutunya, Amerika..

Pihak-pihak tertentu ade memberi pendapat tentang kempen memboikot ni…

Bismillahirrahmannirrahim...
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot prodok-prodok buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu kepada kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonald, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan kemana wang itu akan dibelanjakan.."

Antara listing lain barangan yang perlu diboikot ialah seperti...Pizza Hut, Nestle, Maggi (pasni x leh mkn maggi lg), Danone, Kit Kat, Maybelline, Nokia (cmne ngan enset ak ni), Starbucks, Carrefour, Tesco, Johnson & Johnson, Kotex, Disney, DKNY, Intel, Donna Karan, Gap Levis dan macam2 lagila...

So, marilah kita beramai-ramai memboikot barangan mereka..kalau tak leh sume pun, at least usaha ke arah tu ade kan...adela sikit kita kurangkan...jangan lagi kita menyumbangkan duit kita kepada mereka yang zalim tu...Jangan lupa untuk terus memanjatkan doa kepadaNya agar serangan ini segera dihentikan...tak lupa juga menyedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah terkorban...Semoga mereka mendapat nikmat Syurga di Akhirat kelak...

Saturday, January 10, 2009

cool BAND fever


Band yg paling cool dan best buat masa skrg ni.. tak lain dan tak bukan ialah bunkface. Sebuah band indie yang semakin mendpt perhatian dari media cetak dan jugak media elektronik..(mak ai mcm nak wat essay bm jek). Aku mmg minat gile kat band ni...lgu2 dieorg best...dieorg wat performance pun gempak la...lgu dieorg yg pling aku tak boleh bla lagu situasi r... mmg best la... aku nak share serba sikit tentang band ni..

Dieorg terdiri daripada Sam as vocalist and 2nd guitar (bpk comel la mke die), Paan ; lead guitar, Youk ; bass dan Biak ; drummer. Aku tak tau pulak nme sebnr dieorg..name tak nak pelik2 kan.. Dieorg ni sume member mase kat sekolah menangah lg...biase r mude2 remaja..pegi jamming..hang out sme2.. at last dieorg wat band yg dinmekan BUNKFACE..

Band ni dah dilahirkan since 2005..tp dieorg mle naik thn 2006 bile dieorg join Blastoff..aku ada gak tgk tv show ni...tp tak perasan lak...maybe dieorg tak begitu menyerlah kot...band ni btol2 naik bile beberapa kali dieorg menyandang 1st place dlm battle of the bands yang dieorg sertai..

Bunkface released dieorg pnye 1st EP pd Dec 2007 "Lesson Of The Season" yg hanya mengandungi 6 lagu english..lagu 1st hit yang berkumandang di corong2 radio ialah lgu Silly Lily (lagu ni best gak..silly lily..never really....) yang beberapa kali dpt masuk carta kat radio spt fly fm dan hitz fm...lgu dieorg yang aku enjoy gak dgr ialah lgu Fine ngan Tired Misson.

Pastu dieorg mula wat lagu melayu plak..tak sangka pulak mendapat sambutan yang lebih hangat daripada biasa...tapi dieorg tak hangat dieorg cool..huhuhu..tak lain dan tak bukan ialah lagu situasi yg memang aku minat gile.....dengarlah lgu die best kan...

Last but not least, hopefully band ni akan terus meneruskan kesuccessan dieorg dgn mewujudkan lbh bnyk lg lagu yg best2.. supaya tak lapuk dek hujan, x lekang dek panas (btol x ek ak pnye peribahasa ni). Aku dgr dieorg akan upcoming dgn single baru "revolusi"...Aku harap lagu ni tak menghampakan aku..means sedap didgr la kan...Dieorg gak akan kuar dgn album baru yg berjudul BUNK (Kalau x silap la)... same2 la kite tunggu yerk...

Kat sini ak sedia sekali lirik lagu situasi...leh la kalo nak nyanyi ...


Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku....Kulayu
Ohh...Di situ
mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Dan
Bila kau menghilang
Musnahlah musnah impian
Untuk menggapai bintang terangi hidupku

Kumahu kau tahu
Engkaulah destinasiku
Dalam ingatanku
Oh

Kerna diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang kutemui
Dan aku....kutunggu
Oh...Di situ

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Saturday, January 3, 2009

Save Palestin

Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan terhadap serangan Rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967. Angka kematian terkini ialah seramai 428 orang, 2220 orang cedera dan sekurang-kurangnya 300 adalah dalam keadaan kritikal. Angka yang tidak kurang banyaknya selama 7 hari Israel menyerang Palestin.

Ulama terkenal Islam Sheikh Yousef al-Qadrawi telah menegaskan bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh. Umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara di Gaza.


Israel adalah musuh umat Islam yang nyata. Kejahatannya terhadap kaum muslim Palestin sudah jelas. Serangan terakhir ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah lebih buruk dari itu adalah penkhianatan para penguasa muslim seperti Hosni Mubarak dari Mesir dalam membantu dan mendukung sekatan Israel terhadap Gaza dan penduduk Palestin.

Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam daripada Rejim Zionis. Tanpa beliau Rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Mungkin Negara-negara Islam terutamanya Malaysia boleh menarik kesemua pelajar-pelajar meraka di al-Azhar sebagai tanda protes.

Ayuhlah kita sebagai angkatan seagama bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keamanan negera Palestin. Hanya ini yang mampu kita lakukan sebagai hamba yang lemah…daripada tak buat pape kan…Kasihanlah kepada mereka lebih-lebih lagi kanak-kanak yang jahil tentang perkara ini..

Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman

Friday, January 2, 2009

Ingatlah ALLAH sentiasa bersama kita


Apabila semuanya tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat...
ingatlah kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihani

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa pun yang mengambil kisah,
ingatlah pada Dia Yang Tidak Pernah Melukakan Hatimu...Dia Yang Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu..
jangan berputus asa kerana Dia Melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya, sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi..
carilah kekuatan itu dari Dia yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan beban, semuanya goyah...
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradah-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu....
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu...
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar..

Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan...
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri...
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Ingatlah, walaupun kita keseorangan di bumi yang nyata ini, hakikatnya kita sentiasa bersama denganNya yang Maha Esa.. mohonlah segala pengharapan kepadaNa...InsyaAllah dengan izinnya kita memperoleh segala yang kita inginkan...

Thursday, January 1, 2009

Good Bye 2008

Sememangnya 2008 membwa 1001 kenangn pahit dan manis kpd ak...tak lupa jugak yg masin dan tawar....bnyk kenangan tak dpt ak lupekan...... thn ni menjdkan ak insan yg lbh redha akan ape jua qada' dan qadar yg telah ditentukan.... thn ni gak membuatkan ak lebih berani dlm menempuh hdp yg semakin hari semakin mencabar ini....Alhamdulillah segalanya dpt diurus dgn jayanya....

Hr ni dah msk thn baru...asal thn baru jek msti de azam bru kan...ak tak pikir lg pe azam bru ak sbb azam yg thn lps pn bnyk tak tercapai lg... so ak go through jek dgn azam yg thn lps pnye...cume ade tmbh sikit2 jek la kan...


semoga dgn kehadiran thn baru ni akan lebih mematangkan aku dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ni....dan semoga keimanan dan ketaqwaan aku terhadapNya semakin bertambah...(termasuk slot tok Maal Hijrah pnye azam)



May this new year be a step forward in leading us to new adventures, new roads to explore, and new success to reach!

Happy New Year!