Friday, March 27, 2009

Jom Selamatkan Bumi!!!!


Jom ramai-ramai kita menyokong Earth Hour untuk selamatkan bumi kita yang tercinta ni!!! Esok kita disarankan hanya menutup lampu selama sejam bermula 8.30pm hingga 9.30pm untuk vote dalam kempen ni...
Kempen yang dijalankan oleh WWF Australia bakal mendapat perhatian seluruh dunia yang dianggarkan sebanyak 75 negara yang terlibat. Kempen ni memberi kesedaran kepada kita bahawa bumi sudah semakin tua dan perlu kepada pemuliharaan. Dengan menyokong kempen ni at least kita ada menyumbang sedikit dalam usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim di peringkat global.
Pihak Universiti aku gak UUM pun menggesa warga-warganya untuk vote dalam kempen ni dengan menutup semua lampu dan perkakas elektrik yang tidak digunakan pada malam esok tanpa mengira agama dan warna kulit (maklum student uum ramai international) sebagai tanda sokongan dan keperihatinan UUM bagi mengurangkan Global Warming.
Kita juga sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sama-sama tinggal di Bumi ni, Jom kita ramai-ramai memadamkan lampu pada malam sabtu ni sebagai tanda kita juga ingin menyelamatkan Bumi kita daripada segala anasir jahat yang boleh mencemar bumi dan sekaligus turut memberi effect kepada diri kita jugak. Tunjukkanlah tanda penghargaan dan sayang kepada Bumi yang kita pijak sekarang ni. Jom kita mulakan langkah pertama kita selamatkan Bumi kita dengan Vote Earth Hour hanya dengan sejam jek..Jomla!! Bila lagi kita nak bagi sumbangan yang tak seberapa ni kat Bumi..Ye tak kan?

No comments:

Post a Comment