Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di dunia. Rata-rata umat Islam diseluruh dunia mengingati tarikh yang begitu mulia ini iaitu kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW nabi akhirul zaman. Begitu besar perjuangan Baginda SAW dalam mempertahankan maruah agama Islam.

Kita sebagai pengikutnya patut menghargai perjuangan Baginda dengan mengingat kembali perit payah perjuangan baginda agar kita tidak terpesong dari kebanaran. Marilah kita menyambut Maulidur Rasul dengan pengisian yang amat bermakna sekali dengan mengimbas kembali dan mendalami sirah-sirah Baginda dan mengambil pengajaran daripadanya. Bukan hanya pada hari ini tetapi untuk selamanya selagi kita bernafas di dunia fana ini.

Ingatilah dan Sayangilah Baginda dengan cara berselawat kepadanya dengan menjadikan Baginda sebagai role model dan tauladan kepada diri kita. Hanya Baginda lah yang dapat membantu kita di akhirat kelak selain daripada amalan kita yang tak seberapa ni..Banyakkan Selawat kepada Baginda sebagai tanda cinta kita kepadanya. Semoga kita mendapat syafaat darinya diakhirat sana.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~

No comments:

Post a Comment