Saturday, April 4, 2009

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Seperti yang sudah diketahui ramai, mulai semalam iaitu 3 April 2009, Dato' Seri Najib Tun Razak telah ditabalkan menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menyambung legasi kepimpinan bapanya Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-2.

Beliau membawa setinggi gunung harapan rakyat yang mahukan kemajuan dan kemakmuran di Malaysia yang sekarang ni kita lihat semakin tak menentu dan dengan sistem politik yang sudah berubah. Dengan iltizam yang dipegang olehnya untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia, aku harap, harapan setiap rakyat Malaysia tidak akan diabaikan.

Beliau memulakan lembaran baru sebagai PM dengan membebaskan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta mengkaji semula akta kontroversi itu. Antara langkah lain yang ingin diambil adalah seperti:

* menarik balik larangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan
* meneruskan agenda besar membasmi kemiskinan
* meluaskan akses pendidikan berkualiti untuk semua
* kemudahan selesa bagi pendidik dan perwira
* memperkasakan ekonomi
* rapatkan hubungan rakyat dan kerajaan
* bangunkan potensi golongan muda generasi pewaris dan saf pemimpin masa depan
* mengajak rakyat laksanakan transformasi besar dengan slogan 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Sejarahwan tersohor negara telah melahirkan pandangannya sendiri terhadap Najib. Antaranya ialah:

"Najib bukan seorang individu yang berfikiran statik, sebaliknya beliau mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi berlainan sekali gus menjadikannya orang paling layak menerajui kepimpinan negara.

"Secara teori, Najib boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi berbeza. Beliau juga merupakan seorang intelektual dan pemimpin yang berpengalaman luas, selain boleh membawa perubahan pada negara. Tetapi dalam perjuangan untuk menuju ke arah itu, banyak cabaran yang perlu dihadapinya."


Rujukan: Kosmo Online

Dengan pengalaman selama 33 ahun didalam bidang politik, diharap PM yang baru ini dapat memberikan sinar baru kepada semua rakyat Malaysia agar mereka memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam membangunkan dan menjaga kebajikan rakyat.

No comments:

Post a Comment