Tuesday, June 30, 2009

Jom Balik U!!!

Sekarang orang tengah sibuk pasal virus influenza A. Mulanya aku amik tak kisah jek pasal penyakit ni sebab die tak berapa nak ramai la orang yang menghidap penyakit tu. Pastu dah semakin lama semakin ramai orang yang dapat sakit ni dan boleh menyebabkan kematian dan penyakit ni biasanya berjangkit dari luar Negara (di import), so aku mesti la lebih meng”aware”kan diri tentang penyakit ni. Kerana sebab yang paling utama adalah aku kene balik ‘u’ Jumaat (3/7/09) ni, berapa ramai international student kat UUM kan? (ramai tau) So kene la hati-hati sikit.

Sebenarnya aku pun dah 3 hari kene selseme dan sakit tekak. Sekarang pulak batuk-batuk. Takut gak kene virus tu kan. Rasanye tak kot. Sebab macam dah nak baik jek..

Sedikit maklumat tentang penyakit ni. Sebenarnya virus influenza ade tiga jenis iaitu A, B dan C dan yang paling bahaya ialah influenza A (aish takut si0t). Dia bahaya sebab boleh berjangkit dengan haiwan dan manusia (tapi dah ade ke haiwan yang kene jangkitan ni ek? Tak tau lak). Virus ni jugak boleh menjalani perubahan genetik dan menghasilkan virus baru yang lebih bahaya lagi.

Cara die merebak?

Virus ni tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bersin, bercakap, dan batuk dan lain-lain yang berkaitan (lu pikir la sendiri). Dan seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan.

Symptoms2 terkene Influenza?

Influenza A dengan demam selsema tak sama tau. Walaupun kedua-duanya mempunyai symptoms yang sama tetapi influenza ni lebih menyebabkan gejala yang lebih teruk dan boleh mengancam nyawa. Biasanya suhu bagi orang yang kene influenza ni lebih tinggi dari demam, melebihi 380C (tinggi tu) dan mengalami batuk yang teruk tidak berkahak pada peringkat awal, kerap bersin, dan kita tidakkan ade selsema ataupun selseme yang ringan-ringan jek. Selain tu kita juga akan terasa sakit kepala, sakit tekak dan sakit otot.

Untuk mengelakkan virus ni korang pandai-pandai la jaga diri sendiri. Pakai penutup mulut dan hidung, basuh tangan sebelum makan dan macam-macam la lagi. Pandai-pandai la jaga diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment