kata2 ni selalu menjadi panduan dalam kehidupan aku seharian...
Kalau kita tak nak org buat sesuatu perkara tu kat kita.. kita jgnlah buat dekat org jgk..
pendek kata ""treat everyone how you want to be treated."
Tetapi kekadang tanpa kita duga.. kita sering jek buat benda yang kita tak suka kat org lain.. so cubalah berusaha jauhkan perkara tersebut.. supaya org lain tak buat kat kita pulak..
Ada sesetengah orang cakap itu KARMA kan!!!
Wassalam..
Showing posts with label Panduan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Panduan Hidup. Show all posts
Tuesday, January 10, 2012
Wednesday, December 14, 2011
Friday, November 11, 2011
Life Is Struggle - Part 2
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup kalian tidak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyuman walau dihati tak lagi mampu bertahan..
Belajarlah memaafkan walau diri terluka
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebeneran..
Hiduplah dengan iman walau diri dipenuhi dugaan
Berpeganglah pada ALLAH walau Dia tidak kelihatan.
Monday, March 9, 2009
Salam Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di dunia. Rata-rata umat Islam diseluruh dunia mengingati tarikh yang begitu mulia ini iaitu kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW nabi akhirul zaman. Begitu besar perjuangan Baginda SAW dalam mempertahankan maruah agama Islam.
Kita sebagai pengikutnya patut menghargai perjuangan Baginda dengan mengingat kembali perit payah perjuangan baginda agar kita tidak terpesong dari kebanaran. Marilah kita menyambut Maulidur Rasul dengan pengisian yang amat bermakna sekali dengan mengimbas kembali dan mendalami sirah-sirah Baginda dan mengambil pengajaran daripadanya. Bukan hanya pada hari ini tetapi untuk selamanya selagi kita bernafas di dunia fana ini.
Ingatilah dan Sayangilah Baginda dengan cara berselawat kepadanya dengan menjadikan Baginda sebagai role model dan tauladan kepada diri kita. Hanya Baginda lah yang dapat membantu kita di akhirat kelak selain daripada amalan kita yang tak seberapa ni..Banyakkan Selawat kepada Baginda sebagai tanda cinta kita kepadanya. Semoga kita mendapat syafaat darinya diakhirat sana.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~
Tuesday, February 24, 2009
Sabar jelah...
"..Jika doamu di makbulkan,
Tandanya Allah sayang padamu..
Jika doamu lambat dimakbulkan,
Tandanya Allah ingin mengujimu..
Jika doamu x dimakbulkan ,
Tandanya Allah rancang terbaik untukmu.."
Dalam jauh perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan...
terimalah dengan kekuatan ....kadang2 sakit yang mendatang,
kadang teman tak sehaluan, kadang kecemerlangan gagal dicapai..
namun itulah ujian...mencari iman yang teguh...
Semoga terus bersabar dalam perjuangan...
Kuatkan kakiku dijalanNya
Moga keredhaanNya sentiasa bersamaku...

Friday, January 2, 2009
Ingatlah ALLAH sentiasa bersama kita

Apabila semuanya tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat...
ingatlah kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihani
Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya
Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa pun yang mengambil kisah,
ingatlah pada Dia Yang Tidak Pernah Melukakan Hatimu...Dia Yang Maha Adil.
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu..
jangan berputus asa kerana Dia Melihat segala-galanya.
Apabila lemah tidak bermaya, sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi..
carilah kekuatan itu dari Dia yang Maha Perkasa.
Apabila hidup ini dirasakan beban, semuanya goyah...
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradah-Nya.
Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu....
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu...
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar..
Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan...
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.
Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri...
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa.
Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.
Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Ingatlah, walaupun kita keseorangan di bumi yang nyata ini, hakikatnya kita sentiasa bersama denganNya yang Maha Esa.. mohonlah segala pengharapan kepadaNa...InsyaAllah dengan izinnya kita memperoleh segala yang kita inginkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)